Wednesday, November 18, 2009

Day 3, Practical Sem

Ini cerita tentang praktikal saya. Ye, saya dah start praktikal. Hyatt Regency Saujana Hotel, pilihan pertama tapi tak dapat sebab dah full. Lepas tu, Miss Syuhaida kata nak campak kat Cherating Beach Resort tapi nak ramai-ramai so tak boleh juga sebab kami tak ramai. Hmm!

Okay, fine. Then Miss kata nak campak pula kat Pelangi Beach Resort Langkawi. goshh! Makin jauh nampaknya. Saya mana biasa jauh-jauh dgn family (T_T) saya tak setabah kakak. huhu

Kebetulan kawan saya, Kak Hun Hun kata join la hotel dengan dia sebab memang perlukan orang so saya pun minta tolong Miss applykan. At last, saya diterima di Concorde Hotel Shah Alam. Alhamdulillah sebab last minute dapat.

Day 1, NERVOUS gila okay. Nasib baik tak kena interview..hihi Saya ditempatkan di Western Kitchen. Maybe dua minggu kat situ sebab dah rancang nak tukar ke Pastry Kitchen pula. Hari pertama memang rasa nak give up, dahla terkial-kial nak buat kerja sebab tak biasa dengan suasana kitchen hotel yang sangat2 busy. Lepas tu time break masuk locker room, call mami (T_T)

Day 2, KUATKAN SEMANGAT! Saya tetap hadir demi menghabiskan semester ini tanpa perlu extand. Thank you kepada semua yang memberi sokongan kepada saya setiap hari.. Tapi saya masih lagi blurr time buat kerja. Suka la manusia2 dalam kitchen tu menyakat saya..

Day 3, Saya sudah pro meng-grill. Hahaha mana taknya dah 3 hari mengadap benda tu. Then saya sudah hafal dua resipi utama untuk Western. Ada kemajuan tak? :)

Saturday, November 14, 2009

Goodbye Sis


Kakak sudah terbang ke Dubai..
Beratnya hati kami untuk berpisah, apakan daya masa mengubah segalanya..
Terasa hilang keceriaan dalam hidup, hilang teman rapat..
Ohh Tuhan..lindungilah kakak di sana dan tabahkan hati kami di sini..
(T__T)

Thursday, November 12, 2009

It's my Birthday!


Happy Birthday to me!
Thanks kepada yang wish dan memberi hadiah (^_^)
Dhada is 21, for real? aha.

Monday, November 9, 2009

Rasa Hati

Sudah cukup lama ungkapan hati tergelak saja tak bernafas tanpa bekas. Hmm....!
Banyak yang telah membuat lembaran-lembaran hari ku begitu terasa semakin tertawa, menari sambil berlompatan dengan seribu asa.

Ingin menggapai bintang dilangit tetapi terlalu tinggi, ku usahakan saja ku ambil bintang-bintang berwarna di langit-langit kamar, walau sesungguhnya belum cukup.

Ingin rasanya aku melompat setinggi-tingginya. Untuk apa? Untuk dapat merasakan di atas...tanpa harus lelah terus mendongak ke atas. Sepertinya melihat ke bawah lebih menyenangkan. Apalagi saat pemandangan malam.

Aku begitu merindukan keadaan yang nyaman! Tapi kalau terus berada dalam kenyamanan...tidak akan boleh belajar dan menjadi dewasa, kan? Hmm...

Wednesday, November 4, 2009

My Heart

engkau..

lalu dia.

kemudian sepi.

dan kabut yang mengaburkan suara-suara.

dan hati yang termuati rasa.

rindu, yang terusir.

lalu kembali.

memperanakkan sunyi,

sunyi.

*Baru selesai menonton filem Heart buat keberapa kali pun tak tahu. Suka ceritanya, betul-betul menyentuh perasaan. Memang betul kadang-kadang cinta itu memerlukan pengorbanan untuk kebahagiaan orang lain. Chami, thanks untuk CDnya yaa :)

Tuesday, October 27, 2009

Ku Katakan dengan Indah

Bukannya aku jenuh menanti..
Namun dendangkan aku cinta yang pasti,
bukan hanya ribuan belati tuk menghujam hati,
atau sekadar kiasan yang nantinya terhenti..

Air mata ini bukan sebarang air mata,
yang tak kuasa untuk kuseka,
dan sangatlah kubenci..

Air mata ini bukan sebarang air mata,
yang jejak langkah kehadirannya,
takkan terkuasai oleh waktu..

Air mata ini bukan sebarang air mata,
yang berdegup resah dan siap menitik,
di akhir tulisan ini..

Kerana diamku ini bukannya bisu..
sebab tak ada gelisah yang kan usai,
meski terangnya telah kau kibaskan sejauh pandang,
ku tak akan kuasa tuk melihatnya meredup..

Thursday, October 22, 2009

Duit oh Duit

Kalau ada duit, semuanya boleh.
Kalau tiada duit, jangan mimpilah!

Prinsip hidup masyarakat sekarang.
Paras rupa, faktor kedua. Duit yang utama.
Kasih sayang pula?

Patutlah masih ada masyarakat yang hidup merempat.
Bukan tiada usaha tapi tak diberi peluang mencuba.
Semua mementingkan diri padahal tidaklah sebagus mana
cuma bijak sedikit, rasuah sana sini.


Duit bukan segala-gala, duit tak menjanjikan kebahagiaan.


*orang-orang kaya ni nampak ja hidup mewah tapi hati tak tenang..